Bukan main mengamuk Ali sambil menepuk meja kaunter Klinik 1Zimbabwe. ‘Lembab’, pekik Ali.

Maisarah menggeleng geleng kepala sambil dukung anak mereka Amelya Dhuratun Tasya. Nak duduk, seat dah penuh. Mengikut perkiraan dia, hampir 45 minit juga berdiri sambil dukung Amelya Dhuratun Tasya ni. Nombor giliran lama lagi.

‘Isshh, lama lagi ke bang?, rungut Maisarah sejurus Ali sampai di sudut dia berdiri.

‘Entah lah. Doktor ni tidur agaknya. Entah apa yang dibuat kat dalam tu lama lama. Dia tak tau ke ramai lagi orang kat luar ni tengah sakit’ jawab Ali.

‘Bang, jom la kita bawa Amelya Dhuratun Tasya ke Klinik Dr Josep. Kesian pulak saya tengok dia ni. Tak apa la belanja sikit bang. Duit upah jahit baju haritu masih ada lagi. Saya tak jadi la beli handbag PRADO tu bang’, ujar Maisarah.

Dia tahu, Ali berat sikit nak keluarkan duit dua tiga bulan ni. Nak menyimpan untuk bayar downpayment kereta BMQ 4 Series yang mereka tengok 4 bulan lepas. Bulan depan target nak bawa keluar kereta tu. Kereta idaman. Raya pun dah dekat ni.

Sementara tu di luar Klinik 1Zimbabwe, sesusuk tubuh sado giat mengedar flyer kepada rakyat marhaen yang datang mendapat kan rawatan di klinik tersebut.

‘Medikal kad bang?’

Nukilan asal: azfa abdul rahman

Advertisements