Search

Ayie the Takafulman

"Mission before Commission"

Tips Takaful

#TipsTakaful

14725676_1404018849615860_8523598514032277126_n.png

Rasanya semua dah faham kad perubatan tu apa. Tapi kalau tentang takaful yang beri perlindungan pendapatan dah faham ke belum? Kalau belum, meh baca.

Perlindungan pendapatan tu maksudnya kalau sakit atau kemalangan yang menyebabkan hilang upaya kekal, menghidap penyakit kritikal seperti kanser, maka, takaful akan beri wang sara hidup kepada anda. Contohnya, anda simpan RM150 sebulan dengan takaful, jadi pada masa tersebut anda berhak menerima RM350,000 +simpanan yang ada dalam akaun takaful anda pada masa tu.

Kalau meninggal dunia pula, keluarga anda akan terima wang pembiayaan keluarga sebanyak RM350,000 walaupun anda baru menyimpan RM300 bersama takaful.

Kalau sampai tua sangat pun masih sihat, maka akan ada simpanan yang anda boleh keluarkan untuk keperluan anda. Nak keluarkan masa muda pun boleh.

Kalau kereta pun kita dah rasa takut rugi kalau rosak sebab accident, bagaimana kalau tangan kaki kita yang rosak? Bagaimana kalau nyawa kita yang terkorban? Takkan kereta lagi bernilai?

Advertisements

The Powerful of Indipendent Medical Card

The powerful of indipendent medical card and why everybody should have it regardless who you are or how powerful your company medical card cover you and your family. Take it NOW!!

“Dont wait,dont procastinate and dont delay!!!”

CAJ HOSPITAL KERAJAAN NAIK 50%?

Serius, tajuk muka depan KOSMO hari ni bikin orang ramai panik. Hasrat editor untuk meningkatkan hit mereka berjaya dengan cemerlang.

Pertama sekali perlu difahami, Caj RM1 untuk pesakit Am dan RM5 untuk jumpa doktor Pakar adalah KEKAL. Kata mudahnya, Caj Pesakit Luar tidak berubah.

Kedua, Hospital dan Klinik Kerajaan tidak mengenakan sebarang caj untuk ubat-ubatan. Ini juga KEKAL. Maknanya, bayar RM1 atau RM5, ubat tetap diberikan berkepuk-kepuk sebagaimana biasa. KKM belanja RM2 billion setahun untuk beri ubat pecuma kepada rakyat.

Apa sebenarnya yang berlaku ialah KKM sedang kemaskini kadar caj pesakit warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 yang dicadangkan berkuatkuasa 1 Januari 2017. Harga ubat, peralatan perubatan dan khidmat doktor meningkat di seluruh dunia namun kadar caj pesakit tidak pernah disemak di Negara kita sejak 34 tahun lalu.

Pengemaskinian yang dicadangkan hanya melibatkan pesakit yang memilih untuk masuk ke wad Kelas 1 dan Kelas 2. Ya, mereka pilih sendiri untuk masuk ke wad kategori ini.

Pengemaskinian di wad Kelas 1 akan melibatkan caj wad, rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan. Pengemaskinian Wad Kelas 2 pula hanya melibatkan caj wad sahaja. Kadar baru ini akan dimaklumkan setelah diputuskan.

Wad Kelas 3 langsung tidak terlibat dengan pengemaskinian ini. Kebiasaannya golongan kurang berkemampuan akan ditempatkan di wad ini.

Sebagai makluman, kadar caj wad semasa di Hospital Kerajaan adalah seperti berikut:

Kelas 1: RM30 – RM80 sehari (1 bilik seorang)
Kelas 2: RM20 sehari (Kongsi beberapa orang)
Kelas 3: RM3 sehari (Terbuka)

Jika dilihat dalam skop yang lebih besar, sebenarnya peratusan jumlah pesakit yang akan terlibat dengan kadar caj baru ini sangat kecil. Dan mereka yang akan terlibat ini adalah atas pilihan sendiri.

Dalam setahun, anggaran 2 juta pesakit diwadkan di Hospital Kerajaan. Anggaran pecahan mengikut wad seperti berikut:

Kelas 1: 16,000 orang (0.8%)
Kelas 2: 16,000 orang (0.8%)
Kelas 3: 1,968,000 orang (98.4%)

Kesimpulannya, golongan kurang berkemampuan langsung tidak terkesan dengan pengemaskinian ini. Malah golongan ini akan mendapat manfaat yang besar kerana pengemaskinian ini akan membolehkan pendapatan yang diperoleh dari wad Kelas 1 dan 2 “dipindahkan” kepada mereka dalam bentuk ubat dan peralatan.

Moga sahabat memperoleh pencerahan awal.

MOHD ZAIRI SAID

 

Ikutlah cara orang Cina dalam membuat “Financial planning.”

Ikutlah cara orang Cina dalam membuat “Financial planning.”

Semasa ekonomi gawat, orang Cina akan buat dua benda:

1. Increase sum covered – (Life) Seandainya ditimpa musibah, beban mereka akan kurang.

2. Mereka bayar “In advance” policy mereka. Sekiranya ekonomi teruk, policy mereka selamat.

Melayu

Semasa ekonomi gawat, orang Melayu akan buat dua benda:

1. Downgrade policy mereka – (Life) Tapi masih kekalkan lifestyle mereka yang tinggi seperti bercuti, shopping, upgrade kereta dan entertainment lain-lain.

2. Mereka berhenti membayar policy mereka, sanggup mengambil keputusan pemikiran jangka pendek tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Dan yang paling sedih sekali, sangat ramai orang melayu yang tak ambil peduli mengenai perkara ni, bila disuruh ambil protection, suka bertangguh. Macam2 alasan diberi, nak bincang dengan bini la, bini kate tak minat la. Semua berlagak acah2 kaya tapi bila ditanya berapa nilai tunai yang ditinggalkan sekiranya meninggal nanti?

Paling mengejutkan ada yang tak sampai RM1,000 pun ade…. Nauzubillah.

Tapi bini tu lupa, bila dah jadi ‘balu’ …. baru sedar kepentingan takaful, siap tanya 2 soalan lagi…

1. Berapa dapat?
2. Bila dapat?

Ubah pemikiran tu…. fikir diluar kotak. Sanggup biarkan anak isteri meminta2 jika kita dah ‘tiada’ nanti?

Pergilah bukak takfsir surah Al-baqarah ayat 240. Baca , fahamkan dan bagi hadam dalam2….

Ingat ejen2 ni cakap kosong ke?

Allah knows best!

Alkisah

Bukan main mengamuk Ali sambil menepuk meja kaunter Klinik 1Zimbabwe. ‘Lembab’, pekik Ali.

Maisarah menggeleng geleng kepala sambil dukung anak mereka Amelya Dhuratun Tasya. Nak duduk, seat dah penuh. Mengikut perkiraan dia, hampir 45 minit juga berdiri sambil dukung Amelya Dhuratun Tasya ni. Nombor giliran lama lagi.

‘Isshh, lama lagi ke bang?, rungut Maisarah sejurus Ali sampai di sudut dia berdiri.

‘Entah lah. Doktor ni tidur agaknya. Entah apa yang dibuat kat dalam tu lama lama. Dia tak tau ke ramai lagi orang kat luar ni tengah sakit’ jawab Ali.

‘Bang, jom la kita bawa Amelya Dhuratun Tasya ke Klinik Dr Josep. Kesian pulak saya tengok dia ni. Tak apa la belanja sikit bang. Duit upah jahit baju haritu masih ada lagi. Saya tak jadi la beli handbag PRADO tu bang’, ujar Maisarah.

Dia tahu, Ali berat sikit nak keluarkan duit dua tiga bulan ni. Nak menyimpan untuk bayar downpayment kereta BMQ 4 Series yang mereka tengok 4 bulan lepas. Bulan depan target nak bawa keluar kereta tu. Kereta idaman. Raya pun dah dekat ni.

Sementara tu di luar Klinik 1Zimbabwe, sesusuk tubuh sado giat mengedar flyer kepada rakyat marhaen yang datang mendapat kan rawatan di klinik tersebut.

‘Medikal kad bang?’

Nukilan asal: azfa abdul rahman

First blog post

This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

Powered by WordPress.com.

Up ↑